Perempuan yang pertama beriman kepada Nabi Saw ialah Siti Khadijah, ia betul-betul percaya kepada kebenaran Nabi, tatkala tampak olehnya tanda-tanda kenabian Rasulullah, semenjak pelayaran Nabi bersama pelayannya yang bernama Maisarah.
Orang Laki-laki yang pertama beriman kepada Nabi Saw ialah Abu Bakar Ash- Shiddiq; sebelum neliau jadi Nabi, adalah ia sebagai kawan rapat beliau, dan tidak pernah beliau dapati berdusta. Yang kedua ialah Zaid bin Haritsah; ia seorang hamba Nabi Saw lalu beliau merdekakan dia.
Anak-anak pertama yang beriman kepada Nabi Saw ialah Ali bin Abi Thalib ia misanan Rasulullah Saw.
Abu Bakar pula mengajak orang-orang yang ia cintai dan mereka cinta kepadanya. Banyak sekali yang mengikuti ajakannya, diantara mereka, ialah Usman bin ‘Affan. Khalifah yang ketiga dari Khulafa-urrasyidin, dan Zubair bin ‘Awwam.
Wallahu A’lam…
Tags:
Hikmah